Baru-baru ini iaitu pada 9 Ogos 2008 telah berlangsung eXpoTOUR'08. Aktiviti ini adalah salah satu dari aktiviti yang dijalankan sebelum eXpoconvo'08 UMP di jalankan. Tujuan utama eXpoTOUR ini dijalankan adalah bagi mempromosikan eXpoconvo'08 UMP.
eXpotour'08 ataupun konvoi motosikal beramai-ramai dari UMP ke Kuantan telah disertai seramai 40 orang peserta.
Tuesday, August 12, 2008
eXpoTOUR'08 Meriah!!!
CABARAN NESCAFE TARIK
CABARAN NESCAFE TARIK
JOHAN = RM 200 + HAMPER
NAIB JOHAN = RM150 + HAMPER
KETIGA = RM 100 + HAMPER
SAGUHATI = HAMPER
TEMPAT: KUANTAN PARADE
TARIKH: 23 OGOS 2008
TIME: 4PM - 6PM
Syarat - syarat Pertandingan
1. Terbuka kepada semua sama ada warga UMP @ orang luar
2. Peserta bebas sama ada nk daftar secara individu atau berkumpulan.
3. Maksimum ahli kumpulan adalah 3 orang
4. Yuran pendaftaran adalah RM5 untuk satu kumpulan. Bagi persembahan
individu, yuran pendaftaran adalah RM5 juga.
5. Masa bagi peserta membuat persembahan bergantung kepada tempoh iringan
muzik (maksimum 5 minit)
6. Muzik akan disediakan oleh pihak penganjur. Walaubagaimanapun, peserta
digalakkan membawa muzik/lagu sendiri
***Bagi sesiapa yang berminat sila berhubung dengan no. tel yang telah disediakn di bawah***
***Pelajar Universiti Malaysia Pahang, boleh rujuk memo di e-com***
Nama Kumpulan:
Nama Ahli:
I/C:
No Tel:
Alamat:
***Tarik tutup pendaftaran adalah 19 Ogos 2008***
Azri : 017 9363445
Afifi : 013 9848313
Din : 017 9720921
Perjumpaan secretariat expoconvo pada 20 Julai 2008
Pada pertemuan kali ini, pengarah eksekutif expoconvo Saudara Jeffry Ahmad telah menyampaikan ucapan. Antara isi kandungan ucapan beliau, beliau mengingatkan tentang ikatan persaudaraan dan hubungan yang baik antara secretariat serta kerjasama yang perlu dipupuk antara secretariat. Beliau memberi nasihat agar sikap puak antara bahagian mesti dihindari. Beliau juga mengingatkan agar setiap secretariat membuat persediaan mental dan fizikal bagi menghadapi expoconvo yang hanya tinggal beberapa hari lagi.
Pada perjumpaan tersebut, beberapa bahagian telah melaporkan gerak kerja terkini bahagian mereka. Salah satunya dari bahagian acara. Mereka telah merangka konvoi motor yang bakal disertai oleh staff dan pelajar bagi memeriahkan lagi expoconvo pada kali ini. Terdapat juga football, nasyid pertandinagan mewarna dan explorace. Explorace akan diadakan sekitar ruang legar Kuantan Parade. Selain itu, terdapat cabaran Nescafe tarik dan juga persembahan daripada kelab kebudayaan dan kesenian Universiti Malaysia Pahang.
Bagi bahagian Tugas-tugas khas dan cenderahati, mereka sedang menyediakan cenderahati untuk bahagian acara, baju konvoi, sijil dan tag. Tag dijangka siap pada penghujung bulan Julai.
Bahagian protocol pula menyediakan ucapan pengerusi expoconvo untuk majlis perasmian dan ucapan pengarah eksekutif expoconvo untuk majlis penutup. Mereke juga dalam proses menetapkan kod pemakaian pada hari expoconvo berlangsung. Bagi menjaga keselamatan pada hari expoconvo, bahagian protokol akan mengunakan khidmat askar wataniah.
Selain itu, bahagian tajaan telah menyatakan bahawa mereka akan mendapatkan 100 tiket ke Pusat SainsNegar bagi pemenang acara yang dipertandingkan dan juga pertandingan mewarna.
Pada akhir perjumpaan, bahagian multimedia dan dokumentasi telah mengambil gambar sekretariat mengikut bahagian untuk dimuatkan dalam buku program expoconvo
Secara keseluruhannya, perjumpaan pada kali ini berjalan dengan lancar.
Wednesday, July 23, 2008
Update bahagian multimedia & dokumentasi
Sepanjang tempoh dari bulan April hingga sekarang, banyak gerak kerja yang telah dilakukan oleh bahagian ini. Antaranya, mengadakan mensyuarat dengan mentor, membuat draf buku program, buat website, blog untuk update progress kerja setiap bahagian dll.
Diharapkan setiap bahagian dapat mengaplikasikan blog dan website yang telah dibina untuk berkongsi maklumat bahagian masing-masing dengan sekretariat bahagian lain.
Monday, July 14, 2008
Bertenang Lebih Baik Dari Tertekan(Meeting MT 14July)
Sedikit pengkongsian Motivasi Diri hasil drp Meeting MT pada Rabu smlm 14.July.
Program eXpoconvo08 kite nie smakin dekat hari nye..lebih kurang tambahh tolak dekat 38HARI lagi(now 15July)Jadi semakin dekat hari yang dinanti ..semakin bnyk keje yg perlu dibuat dan semakin bnyk jugak lah streess/tekanan yang akan dihadapi oleh stp bhgian termasuk juga MT.
Jadi sedikit tips utk semua penyelaras tentang cara dan bagaimana Stress dapat ditangani.
Dan apabila kita stress pula, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Kita sume takkan tahu apa yang perlu di lakukan.Kesannya, Kita cenderung melakukan kesilapan, dan mungkin lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang kita akan kesali seumur hidup.
Tapi persoalannye disini macammane nak bertenangggg?????????
Jadi perkara pertama yang perlu kita ambil perhatian adalah..Kita perlulah mengawal nafas(ex:nafsu marah) lalu lupakan apa yang membuat kita tertekan.Tetapi masalahnye kebanyakan orang, mereka tidak mahu melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan.
Keduanye,kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada rasa marah dalam diri, ada something yang kita rasa tak puas hati, maybe sebab kewangan, keluarga atau benda didlm eXpoconvo sendiri yang membuat kita rasa geram sendiri.Jadi sebaik-baik cara adalah dengan muhasabah diri.
Dan tips ketiganya ialah khusus utk yg Islam,kita perlu sentiasa istighfar dan maafkan orang lain.Dan memaafkan diri sendiri juga dapat membuang rasa marah lantas membuang rasa tertekan.
Jadi kesimpulanya..Stress boleh dielak bila kita tahu caranya.Paling asas adalah dengan melatih diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi hingga ke malam hari.
Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control. Dan kebanyakn orang-orang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan menahan diri mereka dari mencapai kejayaan.
Jadi dptlah disimpulan bahawa "Bertenang Lebih Baik Dari Tertekan"
Thursday, July 10, 2008
Friday, June 13, 2008
Kayuhan amal expoconvo
Meeting pada khamis baru nie ade menyebut pasal nk wat konvoi berbasikal. Pandangan aku, bende nie bagus sgt. Untuk mengantikan motosikal sb minyak naik ngan kos nye. Cadangan aku laa. Kite wat konvoi sekali beramal.
Bende yg aku leh bayangkan mcm nie. Kite ade 80 org peserta. 40 berbasikal 40 tak berbasikal. Mule konvoi dgn 40 org berbasikal manakala 40 lg naik bas. Dlm perjalanan ke kuantan, wat beberape checkpoint. Contoh kat sekolah kat simpang pancing. Yg naik bas sure sampai dlu
Nie just cadangan aku jeee. Ape2 hal, komen la tau.
Cadangan Ku
Assalamualaikum dan selamat petang. Nie ade cadangan utk expoconvo. Sile respon ekkk. Y not kat expoconvo nti ade multimedia presentation. Arie 2 abg azmi pon ade ckp pasal nie. Tp mcm tenggelam jeee. Bende nie aku rase x makan duit langsung sb kite hanye perlu LCD projector ngan dia nye white screen. Yg 2 leh pinjam kat ICT
Firstly kite leh letak buku program. Hu3. Maksudnye mcm nie, bajet utk buku program ckit,so aku cadangkan kite wat slide show pasal buku program. Jadi org leh tgk, jadual acara ker, ape ker…..yg penting maklumat sampai
Keduanye kite leh letak cerite pendek. Sure
Yg ketiga kite leh wat wawancara kpd budak yg nk convo nie. Klu boleh yg klass pertame lah. Ape perasaan, kate2 semangat dan blaa…..blaa….byk lg lah.
Keempat, kite leh wat focus kpd persatuan dan kelab kat UMP. Makne nye setiap persatuan dan kelab akedemik atau bukan akedemik, kite wat satu video pasal diorang. X lame, dlm 1 ke 2 minit. Contoh nye, mcm silat….tunjuk silat 2 3 langkah pas2 president dia ckp slogan dan objektif tambah la pencapaiyan….cukup laaa. Baru org luar th ape yg ade kat UMP.
Thursday, June 12, 2008
Sample Buku Program
Utk maklumat semua,sample design buku program telah siap. Pembentangan dlm mesyuarat bersama En Azmi, MT dan SUB menunjukkan yg kebanyakan vote lebih kpd design warna Oren. So ape pandangan anda....setuju atau tidak atau mayb ade idea lain ker yg nk di ketenggahkn.