Saturday, August 23, 2008

Kemeriahan hari ke-2 expoconvo'08

Kemeriahan eXpoconvo'08 diteruskan pada hari ke-2 bersamaan 23 Ogos 2008.Pada hari ini pelbagai acara telah diadakan seperti Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Exporace dan Cabaran Nescafe Tarik.Acara tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung.Bagi menghiburkan pengunjung, persembahan Martial Art telah diadakan.eXpoconvo'08 juga telah menerima lawatan dari Sekolah Kebangsaan Bandar 2 Paloh Hinai.Di waktu malam, diadakan persembahan tarian dari siswa UMP dan Dikir Barat dari Kumpulan Belia Felda Lepar Hilir. Sekretariat eXpoconvo telah membuka gerai jualan untuk pengunjung yang ingin mendapatkan cenderahati dari eXpoconvo'08.







Friday, August 22, 2008

Perasmian eXpoconvo'08

Pada 22 ogos 2008 jam 3.00 petang bertempat di Kuantan Parade,telah berlansung majlis perasmian eXpoconvo'08 Universiti Malaysia Pahang yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman, SIMP., DSAP, KMN - (Ahli Lembaga Pengarah UMP).Turut hadir adalah Naib Canselor UMP serta pihak pengurusan universiti.Serentak dengan itu turut diadakan gimik perasmian.Selepas majlis perasmian, Dato' Abdul Aziz serta pihak pengurusan universiti telah dibawa melawat ke tapak pameran reka cipta di Atrium 1 dan tapak pameran di Atrium 2.Sepanjang berlansungnya eXpoconvo'08, pelbagai acara menarik telah diatur seperti permainan tradisional, jigsaw puzzle dan persembahan dari siswa UMP.










Wednesday, August 20, 2008

Sunday, August 17, 2008

Gegar expo'08

Pada 10 ogos 2008 bertempat di kafeteria UMP telah berlansung program Gegar expo'08 yang bertujuan bagi memperomosikan expoconvo'08 dikalangan siswa/siswi universiti. Antara acara yang berlansung adalah:-

- Expo Indoor(congkak dan catur)
- Expo Guessground (Teka biji labu)
- Expo Fantastic Ball (Timbang bola)
- Expo Shooting Ball (Lontar bola keranjang)
- Dedication
- Cermin ajaib



Tuesday, August 12, 2008

eXpoTOUR'08 Meriah!!!



Baru-baru ini iaitu pada 9 Ogos 2008 telah berlangsung eXpoTOUR'08. Aktiviti ini adalah salah satu dari aktiviti yang dijalankan sebelum eXpoconvo'08 UMP di jalankan. Tujuan utama eXpoTOUR ini dijalankan adalah bagi mempromosikan eXpoconvo'08 UMP.




eXpotour'08 ataupun konvoi motosikal beramai-ramai dari UMP ke Kuantan telah disertai seramai 40 orang peserta.

CABARAN NESCAFE TARIK



CABARAN NESCAFE TARIK



JOHAN = RM 200 + HAMPER
NAIB JOHAN = RM150 + HAMPER
KETIGA = RM 100 + HAMPER
SAGUHATI = HAMPER

TEMPAT: KUANTAN PARADE
TARIKH: 23 OGOS 2008
TIME: 4PM - 6PM

Syarat - syarat Pertandingan

1. Terbuka kepada semua sama ada warga UMP @ orang luar
2. Peserta bebas sama ada nk daftar secara individu atau berkumpulan.
3. Maksimum ahli kumpulan adalah 3 orang
4. Yuran pendaftaran adalah RM5 untuk satu kumpulan. Bagi persembahan
individu, yuran pendaftaran adalah RM5 juga.
5. Masa bagi peserta membuat persembahan bergantung kepada tempoh iringan
muzik (maksimum 5 minit)
6. Muzik akan disediakan oleh pihak penganjur. Walaubagaimanapun, peserta
digalakkan membawa muzik/lagu sendiri

***Bagi sesiapa yang berminat sila berhubung dengan no. tel yang telah disediakn di bawah***
***Pelajar Universiti Malaysia Pahang, boleh rujuk memo di e-com***

Nama Kumpulan:
Nama Ahli:
I/C:
No Tel:
Alamat:

***Tarik tutup pendaftaran adalah 19 Ogos 2008***

Azri : 017 9363445
Afifi : 013 9848313
Din : 017 9720921

Perjumpaan secretariat expoconvo pada 20 Julai 2008

Pada pertemuan kali ini, pengarah eksekutif expoconvo Saudara Jeffry Ahmad telah menyampaikan ucapan. Antara isi kandungan ucapan beliau, beliau mengingatkan tentang ikatan persaudaraan dan hubungan yang baik antara secretariat serta kerjasama yang perlu dipupuk antara secretariat. Beliau memberi nasihat agar sikap puak antara bahagian mesti dihindari. Beliau juga mengingatkan agar setiap secretariat membuat persediaan mental dan fizikal bagi menghadapi expoconvo yang hanya tinggal beberapa hari lagi.



Pada perjumpaan tersebut, beberapa bahagian telah melaporkan gerak kerja terkini bahagian mereka. Salah satunya dari bahagian acara. Mereka telah merangka konvoi motor yang bakal disertai oleh staff dan pelajar bagi memeriahkan lagi expoconvo pada kali ini. Terdapat juga football, nasyid pertandinagan mewarna dan explorace. Explorace akan diadakan sekitar ruang legar Kuantan Parade. Selain itu, terdapat cabaran Nescafe tarik dan juga persembahan daripada kelab kebudayaan dan kesenian Universiti Malaysia Pahang.

Bagi bahagian Tugas-tugas khas dan cenderahati, mereka sedang menyediakan cenderahati untuk bahagian acara, baju konvoi, sijil dan tag. Tag dijangka siap pada penghujung bulan Julai.



Bahagian protocol pula menyediakan ucapan pengerusi expoconvo untuk majlis perasmian dan ucapan pengarah eksekutif expoconvo untuk majlis penutup. Mereke juga dalam proses menetapkan kod pemakaian pada hari expoconvo berlangsung. Bagi menjaga keselamatan pada hari expoconvo, bahagian protokol akan mengunakan khidmat askar wataniah.

Selain itu, bahagian tajaan telah menyatakan bahawa mereka akan mendapatkan 100 tiket ke Pusat SainsNegar bagi pemenang acara yang dipertandingkan dan juga pertandingan mewarna.



Pada akhir perjumpaan, bahagian multimedia dan dokumentasi telah mengambil gambar sekretariat mengikut bahagian untuk dimuatkan dalam buku program expoconvo

Secara keseluruhannya, perjumpaan pada kali ini berjalan dengan lancar.

Wednesday, July 23, 2008

eXpotour'08

Update bahagian multimedia & dokumentasi

Sepanjang tempoh dari bulan April hingga sekarang, banyak gerak kerja yang telah dilakukan oleh bahagian ini. Antaranya, mengadakan mensyuarat dengan mentor, membuat draf buku program, buat website, blog untuk update progress kerja setiap bahagian dll.

Diharapkan setiap bahagian dapat mengaplikasikan blog dan website yang telah dibina untuk berkongsi maklumat bahagian masing-masing dengan sekretariat bahagian lain.

Monday, July 14, 2008

Bertenang Lebih Baik Dari Tertekan(Meeting MT 14July)

Sedikit pengkongsian Motivasi Diri hasil drp Meeting MT pada Rabu smlm 14.July.
Program eXpoconvo08 kite nie smakin dekat hari nye..lebih kurang tambahh tolak dekat 38HARI lagi(now 15July)Jadi semakin dekat hari yang dinanti ..semakin bnyk keje yg perlu dibuat dan semakin bnyk jugak lah streess/tekanan yang akan dihadapi oleh stp bhgian termasuk juga MT.

Jadi sedikit tips utk semua penyelaras tentang cara dan bagaimana Stress dapat ditangani.

Dan tips pertama nye ialah..sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan BERTENANG. Sebab, dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif.

Dan apabila kita stress pula, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Kita sume takkan tahu apa yang perlu di lakukan.Kesannya, Kita cenderung melakukan kesilapan, dan mungkin lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang kita akan kesali seumur hidup.

Tapi persoalannye disini macammane nak bertenangggg?????????

Jadi perkara pertama yang perlu kita ambil perhatian adalah..Kita perlulah mengawal nafas(ex:nafsu marah) lalu lupakan apa yang membuat kita tertekan.Tetapi masalahnye kebanyakan orang, mereka tidak mahu melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan.

Keduanye,kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada rasa marah dalam diri, ada something yang kita rasa tak puas hati, maybe sebab kewangan, keluarga atau benda didlm eXpoconvo sendiri yang membuat kita rasa geram sendiri.Jadi sebaik-baik cara adalah dengan muhasabah diri.

Dan tips ketiganya ialah khusus utk yg Islam,kita perlu sentiasa istighfar dan maafkan orang lain.Dan memaafkan diri sendiri juga dapat membuang rasa marah lantas membuang rasa tertekan.

Jadi kesimpulanya..Stress boleh dielak bila kita tahu caranya.Paling asas adalah dengan melatih diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi hingga ke malam hari.

Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control. Dan kebanyakn orang-orang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan menahan diri mereka dari mencapai kejayaan.

Jadi dptlah disimpulan bahawa "Bertenang Lebih Baik Dari Tertekan"