Tuesday, August 12, 2008

Perjumpaan secretariat expoconvo pada 20 Julai 2008

Pada pertemuan kali ini, pengarah eksekutif expoconvo Saudara Jeffry Ahmad telah menyampaikan ucapan. Antara isi kandungan ucapan beliau, beliau mengingatkan tentang ikatan persaudaraan dan hubungan yang baik antara secretariat serta kerjasama yang perlu dipupuk antara secretariat. Beliau memberi nasihat agar sikap puak antara bahagian mesti dihindari. Beliau juga mengingatkan agar setiap secretariat membuat persediaan mental dan fizikal bagi menghadapi expoconvo yang hanya tinggal beberapa hari lagi.



Pada perjumpaan tersebut, beberapa bahagian telah melaporkan gerak kerja terkini bahagian mereka. Salah satunya dari bahagian acara. Mereka telah merangka konvoi motor yang bakal disertai oleh staff dan pelajar bagi memeriahkan lagi expoconvo pada kali ini. Terdapat juga football, nasyid pertandinagan mewarna dan explorace. Explorace akan diadakan sekitar ruang legar Kuantan Parade. Selain itu, terdapat cabaran Nescafe tarik dan juga persembahan daripada kelab kebudayaan dan kesenian Universiti Malaysia Pahang.

Bagi bahagian Tugas-tugas khas dan cenderahati, mereka sedang menyediakan cenderahati untuk bahagian acara, baju konvoi, sijil dan tag. Tag dijangka siap pada penghujung bulan Julai.



Bahagian protocol pula menyediakan ucapan pengerusi expoconvo untuk majlis perasmian dan ucapan pengarah eksekutif expoconvo untuk majlis penutup. Mereke juga dalam proses menetapkan kod pemakaian pada hari expoconvo berlangsung. Bagi menjaga keselamatan pada hari expoconvo, bahagian protokol akan mengunakan khidmat askar wataniah.

Selain itu, bahagian tajaan telah menyatakan bahawa mereka akan mendapatkan 100 tiket ke Pusat SainsNegar bagi pemenang acara yang dipertandingkan dan juga pertandingan mewarna.



Pada akhir perjumpaan, bahagian multimedia dan dokumentasi telah mengambil gambar sekretariat mengikut bahagian untuk dimuatkan dalam buku program expoconvo

Secara keseluruhannya, perjumpaan pada kali ini berjalan dengan lancar.

No comments: