Friday, May 30, 2008

Klu xde kerja...bacelah

Pada hari khamis iaitu bersamaan 29 May 2008, satu mesyuarat antara En Azmi dan penyelaras eXpoconvo telah di jalanakan bertempat di Bilik Gerakan MPP. Di antara hal-hal yang di bincangkan adalah mengenai masaalah yang berlaku sepanjang pelaksanaan untuk program eXpoconvo. Banyak luahan hati yang telah di utarakan serta masalah-masalah yang timbul telah cuba di ungkai hingga ke akar umbi. Di sini bukan isu atau luahan mesyuarat yang ingin di utarakan cuma hanya hendak berkongsi sesuatu yang boleh di kongsi.

Setiap sesuatu pekerjaan tidaklah bermakna tanpa masalah. Apa erti sesuatu kerja jika kita tidak menghadapi masalah. Memang kebanyakan orang akan menilai berjayanya sesuatu kerja adalah dari segi outputnya tetapi kita sebagai pelaksana yang paling penting adalah bagaimana kita melaksanakan sesuatu kerja, amanah atau tidak, bersungguh atau tidak. Bagaimana kita menghadapi sesuatu dugaan dan kekangan, yakin, usaha. Bagaimana kita menyelesaikan sesuatu masalah, secara bijak atau tidak. Segala hal yang terjadi adalah ilmu yang akan kita dapat atau lebih di kenali sebagai pengalaman.

Jangan jadikan masalah itu sebagai satu alasan yang kita ini lemah. Tidak…..dugaan yang datang adalah untuk kita lebih kuat lebih bersatu serta, lebih berusaha ke arah kemajuan. Kita semua manusia biasa yang banyak melakukan kesalahan tetapi itu tidak penting, yang penting di sini adalah bagaimana kita memperbaiki kesalahan, memaafkan dan cuba tidak mengulangi kesalahan yang kita lakukan.

Ada satu benda lagi yang aku hendak kongsi di sini adalah salah satu prinsip yang aku pegang selama ini. Yang mungkin boleh di gunapakai oleh semua orang. Prinsip itu adalah mengenai hormat. Kita biasa dengar satu peribahasa bahawa “Yang tua di hormati, Yang muda di sayangi”. Aku tidak ingat dah bila aku dah buang peribahasa itu sebab aku ada prinsip aku sendiri iaitu aku hormat orang bukan kerana umur, bukan kerana pangkat atau darjat tetapi aku hormat orang adalah kerana jika orang itu mampu membuat diri nya di hormati. Biasanya orang yang mampu buat dirinya dihormati adalah melalui keperibadian dan kerja yang di lakukan. Dan sedarlah bahawa manusia tidak bodoh untuk menilai keiklasan hati kita dalam bekerja.

Selama aku bekerja, aku lihat keiklasan semua pelaksana adalah amat tinggi. Macam mn aku menilainya adalah melalui mata. Mata adalah salah satu bahagian badan yang kita paling susah nk kawal. Sama lah apanila kita sedih maka air mata akan keluar dan kalau tidak sedih memang kompem susah nk keluarkan air mata kan tapi kalau guna benda lain macam bawang ke, lain lah.Senang ckp, mata nie susah nk tipu.Sebab itu aku suka tgk mata orang. Back to d topic, bila aku tengok keiklasan hati korang aku rasa betape kurangnya aku nie. So same-same lah kita berusaha ok.

No comments: